Mengenai Kami

Shahmie Travel

Kami di Shahmie Travel sentiasa akan memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami agar dapat merealisasikan impian mereka untuk bercuti dan menunaikan ibadah umrah.

Maklumat Syarikat

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd merupakan Syarikat/Agensi Pelancongan 100% Muslim bumiputera dan berlesen penuh (KPK/LN 7301) dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC). Kami Bergiat aktif berpersatuan dalam mengikuti rapat perkembangan hal ehwal semasa bidang pelancongan. Ahli kepada MATTA (MA 4450), PAPUH (PP 335), dan Bumitra (No. 1783).

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd Dibekalkan Lesen Khas Umrah (SUB 0579) bagi kelengkapan syarat sebagai pengendali pakej Umrah kepada bakal jemaah tetamu Allah ke kota suci Mekah dan Madinah yang dibimbing oleh Mutawwif berpengalaman serta berpengetahuan luas berkaitan manasik Umrah & Haji termasuk pengendalian pakej ziarah ke kota suci ke-3 umat Islam, Baitul Maqdis.

Kami mahir mengendalikan pakej ke luar negara (Outbound). Berpengalaman dalam pengendalian pakej pelepasan bersiri secara berkumpulan ke pelbagai destinasi menarik seluruh dunia dengan tawaran harga berpatutan serta jaminan kualiti perkhidmatan pada tahap terbaik.

Shahmie Travel & Tours turut menguruskan percutian dalam negara (Inbound), percutian secara persendirian (FIT), serta program lawatan teknikal dan pengurusan acara (MICE). Diuruskan mengikut kesesuaian dan citarasa pelanggan-pelanggan kami.

Lesen Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dengan no pendaftaran 7301 dan Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd juga mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) untuk menguruskan jemaah Umrah di Malaysia.

Anda boleh rujuk di laman rasmi MOTAC disini untuk semakan.

Lesen Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

Diluluskan Oleh & Kerjasama Bersama

  • Tourism Malaysia
  • Lesen Khas Umrah
  • Matta
  • Bumitra
  • Takaful Ikhlas