Penafian

Aturcara Pakej

1. Tiada Jaminan Kesesuaian Aturcara

Walaupun Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd (Shahmie Travel) berusaha memberikan perkhidmatan terbaik, Shahmie Travel tidak memberikan jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik.

Shahmie Travel tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah, kesakitan, kecelakaan atau kematian akibat dari mana-mana bahagian aturcara pakej yang anda ikuti sama ada aturcara tersebut dinyatakan di dalam surat pengesahan, iklan atau brosur Shahmie Travel atau aturcara pilihan anda sendiri. Anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikut pakej Shahmie Travel.

2. Kemungkinan Pertukaran Aturcara

Tertakluk kepada peraturan 9 jadual keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, Shahmie Travel tidak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.

Penginapan Hotel

1. Klasifikasi Penginapan

Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat dari Shahmie Travel adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Anda tidak boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.

2. Perubahan Hotel

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat daari penggantian hotel penginapan tersebut.

3. Polisi Hotel

Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.

4. Jenis Dan Klasifikasi Bilik

Jenis dan klasifikasi bilik termasuk ameniti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan di dalam iklan atau brosur kami. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang anda terima atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.

Perlindungan Insurans Perjalanan Tambahan

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam brosur. Seperti mana peruntukan peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda. Anda bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri anda.

Apabila anda memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud anda telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, ganti rugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubatan semasa perjalanan.

Sekiranya anda telah membeli insurans tambahan, anda adalah dinasihatkan supaya menyemak semula terma-terma yang terkandung di dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd Sebagai Pihak Ketiga/Pihak Berkecuali

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd adalah hanya perantara di antara anda dan syarikat-syarikat penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier). Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd adalah bukan pemilik atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej anda.

Oleh yang demikian, Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat dari pecah kontrak, peninggalan sama ada disengajakan atau tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan pembekal perkhidmatan (ground supplier).

Ketepatan Butiran Atau Maklumat Peribadi Semasa Penempahan Pakej

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membeuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamat.

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawab bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang anda beri.

Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pembayaran deposit. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak tempahan anda sekiranya tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri.

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya anda sakit. Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi, Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengenakan bayaran tambahan kepada anda bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.

Pembayaran Pakej

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd hanya menerima pembayaran secara tunai, draf bank atau cek persendirian. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd berhak menahan penempahan pakej anda sehingga penunaian bayaran deposit melalui draf bank atau cek persendirian anda. Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang anda tempah telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draf bank atau cek persendirian anda.

Bagi pembayaran pakej yang kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian dan sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej anda terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucutkan mengikut jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.

Tiket Penerbangan

Pakej anda dalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA/KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA/KLIA 2. Walaupun surat pengesahan beserta jadual penerbangan anda telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang gantirugi termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantirugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut.

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan gantirugi yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.

Diluluskan Oleh & Kerjasama Bersama

  • Tourism Malaysia
  • Lesen Khas Umrah
  • Matta
  • Bumitra
  • Takaful Ikhlas